Superr Girll


Zaman tecik tecik, omey omey, nakal nakal
Sunday, July 17, 2011 | 5:54 PM | 0 Words
Hello manusia ;D
Time aku makan tadi tetibe pulak ingat zaman kecik kecik dulu. Rindu gila zaman tuu. Haa, aku nak cite dekat korang zaman aku kecik kecik. Sekarang dah remaja okay ;p *remaja lah sangat. Muehehehe. Pangai aku dulu, semestinye NAKAL. Haha. Start dari umur 4 tahun. Ehemm ehemm. Aku masa unur 4 tahun aku tushen dekat blok a26 time dekat pangkalan dulu. Belajar membaca, nyanyi. Mcm2 lah. Haha. Takd cite sangat masa 4 tahun ni. Dah tak ingat. Okay, masa 5 tahun. Masa ni aku Tadika Kemas dekat dengan rumah aku jer. Time ni aku baru pindah manjung. Tadika tu sederet jer dengan barisan rumah aku. Haa, pegi naik basikal okay. Hahahahaa. Rock tak? Aku tak sangka gila yg aku dah reti naik basikal time tu. Aku suka baju time tadika. Omey gilaa ;D Best la jugak tadika sini. Aku ni pandai tau tak time tadika ni. Dapat num 2. Fuyooo. Num 1 ni budak 6 tahun. Tadika ni campur 5 ngun 6 tahun. Ala, pandai lar jugak en num 2 tu. Haha. Nama budak yg num 1 tu Nadia. Sekarang dia dah form2 sekolah manjung. Comel dia sekarang. Hihi. Time tadika ni aku suka waktu sukan. Beratur dulu depan tadika pastu gerak pegi padang. Main mainan budak budak. Haha. Rindu gila waktu tu. Time 6 tahun pulak, aku tadika kemas dekat dalam pangkalan. Dekat blok a21. Aku masuk kelas Matahari. Haha. Nama kelas semua nama bunga. Haa, time dekat tadika ni pun aku pandai. Haha.. Aku pun tak sangka. Aku tengok buku report card akhir tahun aku. Semua subjek aku dapat 100% !! Haha. Numb 1 lah kan. Haha. Mcm tak caye jer. Time 6 tahun ni aku dah nakal. Nakal gila tak terkata wei. Selalu kena marah dgn cikgu. Main lari lari lah. Ish2. Malu jer kalau ingat balik. Kena cubit dengan cikgu sebab nakal sangat. Haa, padan muka lah kan? Haha. Aku suka nasi goreng dekat tadika ni. Sedap sedap sedap. Jadi favourite aku sampai sekarang. Aku selalu dapat bawak balik satu plastik nasi goreng ni balik rumah. Yumm yumm. Time ni aku ada masuk nasyid sampai peringkat negeri. Haa, hebat tak aku? Memang hebat. Haha. Okay, ni jer kenangan masa umur 4,5,6 tahun :)


    Time standard 1 aku sekolah dkt skp TLDM2. Kelas 1Bijak. Kelas num satu okay. Haha. Time standard 1 ni takd pape sangat. Selalu dpt num 2,3 mcm tu jer. Okay, masuk standard 2. Kelas 2 Bijak. Disini lah aku jumpa cinta pertama aku. Muahahaa. Nama dia aku ingat lagi, Muhammad Shawaluddin. Perhh, handsome bhaii. Aku selalu sembang2 dgn dia, duduk sebelah sebelah. Haha. Kiteorang penah luahkan perasaan. Perhh, sweet gila bila ingat balik. Time tu dah habis exam, cikgu bebel bebel. Pastu tetibe dia baling satu kertas dekat aku. Aku baca lah. Dia tulis ' wei, aku suka kau'. Pastu aku balas 'aku pon suka kau sikit2'. Ececehh, jual mahal lah konon ;p. Hahahaa. Lepas cikgu kelaur dia lari pegi dekat meja aku. Kiteorang sembang2. Tapi masuk standard3 dia dah pindah. Hmm, sedihnyaa :( Time standard 3 aku scandel dengan Shahrul Aiman. Haha. Aku dengan Fatin (bff) selalu berebut dengan dia. Haha. Bodoh betul. Time ni aku dah jadi pengawas. Pengawas yang berwibawa. Haha. Fatin pun pengawas. Shahrul pun pengawas. Selalu waktu rehat kiteorang bertugas dekat tempat yg sama, pastu main kejar kejar. Haha. Pengawas ape la mcm tuu. Sekejap je aku scandel dgn dia. Standard 4 dia dah takd dah. Pindah sekolah manjung. Aku kelas 4 Bijak. Time ni takda pape pun. Akhir tahun darjah4 tu aku kapel dgn Farith Danial pula. Standard 5, masuk 5 bijak. Takd pape pun cite. Lupa dah. Hilang ingatan kejap. Haha.


    Standard 6, 6 bijak. Tahun ni paling aku suka. Rindu gila dekat member semua. Best jadi SENIOR! Huhuuw. Tahun akhir dekat sekolah rendah. Huaaa :( UPSR candidates time ni. Study lah banyak. Time ni aku kapel dengan Haziq. Classmate aku terutama budak laki suka ejek aku 'soya', 'alleycat', 'tomboy'. Babun betul. Soya tu si mamat firdaus tu mulakan dulu. Dia tu gedik tauu. Suka panggil aku sayang. Err, yang alleycat tu pulak sebab nama aku ELLYA. Tapi takde kene mengena doh dengan alleycat. Bengong. Sampai ke sekolah menengah dorang ejek aku alleycat. Wataa****! Aku dekat sekolah rendah ni mulut bebel bebel, tak reti diam. Dorang slalu ckp aku tomboy. Sebab pangai aku ganas time skula rendah. Haha. Aku suka lipat tangan baju atas atas. Tak sah kalau tak lipat. Baju sukan sekolah lagi tinggi aku angkat. Aku famous ar dekat sekolah sebab aku anak cikgu. Haha. Setiausaha pengawas jugak okay. Haha. Bangga wei bangaa. Time upsr aku dapat 4a1b. Nangis ar sebab tak dapat 5a. Lepas habis upsr, aku dengan geng2 aku buat kerja sambilan dekat sekolah. Kemas bilik BOSS. Best gila ar lepak dalam tu. Malas masuk kelas. Kalau dah habis    kiteorang main belakon belakon dalam bilik tu. Lepas penyampai hadiah akhir tahun, ustazah belanja makan KFC dekat sape2 yg kemas bilik BOSS tu. Ahaa. Tahun 6 paling best tapi sedih :( Hari teakhir tu nangis2, peluk2. Sedih nak tinggalkan dorang semua. Hmm, sedihnyaaa :'( Rindu sangat kenangan dekat sekolah rendah <3

-Past- | -New-