Superr Girll


Pendaftaran Sekolah Menengah :p
Saturday, January 1, 2011 | 12:14 AM | 1 Words

Hai .
Aku nak cita pasal hari ni . 31 Dec 2010 . Hari yang paling aku tak bule lupakan sampai bila bila . :( Sedih plus Geram  plus Nak Nangis plus Nak Tukar Skolah ! Oke aku nak cerita pasal sekolah aku . Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung . *cehh , bangge ! Aku ditempatkan di kelas 1A4 . Heh , Aku pun tak ingat kelas tu ket mana . Hari Isnin nie jangan sesat sudaa xD


         Mula mula aku bangun pukul 7 pagi . Jam handphone aku berbunyi . Llepas tu tanpa membuang masa , aku pun bangun .Tiba tiba aku dengar ada orang berdengkurr . Tak yah cakap lah sapa kan .  Hah lu pikir lah sendiri . Heh , Tengok jam ket bilik aku pukul 9 lebih . Aku dah cuak . cehh , rupa rupa nya jam tu dah mampu* . --' Aku tengok jam ket handphone baru pukul 7.04 minit . Okayy . Lepas tu aku bangun .


         Aku pegi bilik parents aku . Aku kejut mak aku . Aku kata ' Bu , baju sekolah mana ?' Mak aku cakap ket dalam bilik belakang . Pas tu aku pun blah pergi bilik belakang cari baju . Cari punya cari jumpa jugak . Dengan mata separuh bukak aku pun iron lah baju . Tudung , baju , kain . Then , kul 7.30 baru siap iron . Lepas tu aku capai towel gi mandi pulak . Sejuk gile . 5 minit lepas tu aku keluar dari bilik air . Sekejap ke ? Bia lah . Lepas tu aku masuk bilik pakai baju yang aku dah iron tu . Pejam celik pejam celik dah pukul 7.50 . Aku masih buat muka selambaa :)


         Lepas tu , aku pakai baju tu , asal mcm kecik ? Aku rasa ni bukan baju aku . Aku pun cari lah mana baju aku ni . Tak jumpa . Lepas tu mak aku bangun . Mak aku relex duduk ket sofa . Lepas tu aku cakap ket mak aku , 'Bu ni macam bukan baju owg je ? Tengok ni , sambil menunjukkan lengan tangan tu singkat . ibu cakp ' Eh , ni bukan baju kau ni ' . Aku cakap 'Tu lah pasal' . Then aku g kejut ayah aku soh bangun sementara tu mak aku pergi cari baju aku . Pas tu aku g ket mak aku . Pas tu mak aku jumpa baju aku . Aku cakap 'Haa ! Nie lah baju owg'. Hahah , macam mana bule tak nampak . Ish3 . Apelaa . Pas tu aku keluar . Aku breakfast makan nasik goreng dengan ais kosong . Pas tu bapak aku pun bangun . Dia pandang aku . Pas tu bape minit kemudian dia gelak ket aku  . Kenaapapapa ?


       Lepas tu dia cakap 'Orang nak pergi sekolah menengah asal plak ko pakai baju sekolah rendah ?' sambil mengekek ngekek dia gelak . Aku diam je . Mak aku pun gelak . Heh , ye kee ? Mane laa aku tahu nak pakai baju apa . Cikgu ket skola rendah aku tu kata pakai baju sekolah rendah . Aku redah je lah . Pas tu time aku nak makan tu , ada kawan aku call . Aku tengok phone . Fatin membe tushen aku . Aku angkat lah . Pas tu dia tanya 'wey ellya ko kat mana ?' . Aku cakap kat rumah lah . Dia cakap' Cepat sikit . Ramai orang dah ni' . Aku kata ' ye ye ' . Aku tanya dia 'wey pakai baju apa ? Sekolah rendah ke sekolah menengah ?' Lalu dia cakap ' Sekolah menengah lah'. Aku tanya ' Ada tak org pakai baju sekolah rendah ?' Dia cakap takda . Pas tu aku cakap ' Okayy okayy .' Pas tu dah hbes perbualan kami . tut tut tut tut .


        Dengan muka selamba aku tanya mak aku 'Bu , kawan owg kata pakai baju sekolah menengah , takd orang pun pakai baju sekolah rendah . Pas tu mak aku kata . 'Okay !' . Nasib baik time tu bapak aku tengah mandi . Kalau tak dah lame aku kena gelak dengan dia . Haesh . Lepas tu mak aku masuk bilik belakang cari baju sekolah menengah .Dah la baju aku tak siap tempah lagi . Tak pasal pasal mak aku soh pakai baju si nenek sihir a.k.a kakak  aku . Panjang nak mampu* bajunya . Kain kome jangan cakap lah . Berapa kali aku lipat .Tudung tu dah ada tanda nama ngun lencana sekolah . Nasib baik lah nama kakak aku ellya jugak . Terpaksa lah pakai . Hurm , lepas tu aku pun iron lah baju tu . Huh ! Penat . Cuba korang kira berapa baju dah aku iron ? Entah . Korang kira  lah sendiri . Time aku tengah iron baju tu , bapak aku habis mandi . Dia pandang aku tapi tak cakap apa apa . Hahah , lepas dia pakai baju dia breakfast . Dia cakap 'Cepat lah sikit adik oii' . Aku diam je . Teruskan iron . Pukul 8.15 baru aku nak iron baju sekolah menengah tu . Pukul 8.20 lebih siap .


       Aku iron ala kadar je . Heh , aku pun pakai lah baju tu . Perhh , macam hape je aku pakai baju putih. Burokk ! Apepun aku redah je la . Siap siap pakai tudung bagai , aku pun g masuk bilik amik fail sekolah rendah . Aku dengar manusia tu berdengkurr lagi . Ish3 . Lepas amik fail aku pun belah dari bilik tu . Keluar pakai kasut . Bapak aku dah start kereta . Pas tu akuu masuk kereta . Pas tuh gerak . Dah samapii . Bapak aku carik tempat parking . Last last bapak aku parking dekat dalam dekat dengan pondok pengawal tuh . Aku pun keluar dengan muka selamba . Dalam hati cakap ee , tak suka nya sekolah ni . Heh , lepas tu bapak aku cakap ' Selamat Datang ke Sekolah Menengah ! ' . Aku sengih sengih jee . Padahal tak suka sekolah situ . Haesh . Aku pun ikut je bapak aku g mana . Mula mula pergi tengok kelas apa dulu .  Ada dia tampal kat mane tah . Cari punya cari rupa rupanya anak ayah ni kelas 1A4 . Wekk . Same ngun kakak aku . lepas tu g cari kelas ket mana  . Tingkat bape tah . Then , beratur ket luar tunggu giliran nak jumpa guru kelas .


          Semua budak dah ada dalam kelas . Aku je sengal duduk luar . Tak nak masuk . Gila ikut bapak aku beratur . Segan bhai ! Aku buat muka selamba . Aku usyaa bebudak kat dalam kelas tu . Kut kut lah ada yang aku kenal . Tengok punya tengok takda . Lepas tu bapak aku suroh masuk dalam kelas . Aku tak nak . Aku just usya tempat duduk je . Nanty mesty aku kena masuk jugak kan ? Aku cari tempat belakang sekali . Bila bapak aku dah masuk dalam kelas aku dah mula cuak . Lepas tu ada sorang pakcik ni kata ket aku . 'Adik ni kelas mana ?' aku slamba cakap 'kelas ni la' . Dia kata napa tak masuk ? Pastu dia cakap masuk masuk . Jangan malu malu . Aku pun buat muka selamba . Aku masuk . Aku duduk kat tempat yang aku usya tadi . Sorang sorang . Aku duduk tepi tingkap . Duduk diam diam . Usya budak budak yang ada ket dalam tu . Aku cakap dalam hati macam macam time tu . Rasa nak menangis pun ada . Dorang suma ada kwan sembang sembang . Sampai turn bapak aku pulak . Then cikgu tu pok pek pok pek cakap dah habis . Bapak aku jumpa aku . Dia cakap dia nak pergi ambil buku teks . Aku kata Hemm .


         Pas tu dia pergi . Aku baca je buku yang bapak aku bagi tadi . Takda nak buat apa dah . Pas tu bila dah takd parents nak jumpa cikgu dah cikgu tanya kitaorang , Sapa tak dapat buku teks lagi pergi ambil . Dorang pun pergi keluar ambil . Pas tu bila  semua dah ada buku . Cikgu bagi kertas SPBT . Suruh cek buku apa ada apa takda . Dia suruh tanda . Hampehh ! Dah la aku berlenggang je pergi sekolah . Ape pun tak bawak . So , sanggup tak sanggup aku kena buat jugak . Aku pinjam pen kawan sebelah . XD Dia lah orang first aku tegur . Thanks ya bagi saya pinjam pen . Nama awak pun saya tak tahu . Heheh , okayy lepass tu dah tanda . Semua buku aku ada . Lepas tu buleh balik .Dengan bangga aku orang first yang belah dulu . Tak tahu maluu . :p Aku cari bapak aku , tapi tak jumpa . Aku turun je lah . Pas tu aku nampak bapak aku tengah sembang dengan kawan dia . Aku duk diam situ kejap . Pas tu baru balik . Huh ! Hari yang amat meletihkan . Balik tu aku usya benda apa yang bapak aku beli tadi . Wahh ! Ada buku Peraturan Sekolah lah . Hahah , nanty aku baca . Heh , Okayy lahh kalian kalian semua . Sampai sini je cerita aku untuk hari nie . Patah jari jari aku menulisnya . Huh ! Nyway , jam pun dah pukul 12 , so Happy New Year !! Hee , Bubbye  ! Goodnight . :)






-Past- | -New-